Cara renew insurans kereta okay? Sudah masuk tahun 2025, baru terdetik untuk semak insurans kereta. Insurans kereta menghampiri tarikh tamat tempoh. Sebagai seorang yang sibuk dengan urusan kerja harian memang tidak sempat untuk pergi ke jpj, atau mana-mana kiosk untuk perbaharui insurans.
Setelah melakukan sedikit research, akhirnya semua ini dapat dilakukan secara atas talian / online. Oleh itu, aku akan kongsikan pengalaman memperbaharui insurans kereta secara atas talian / online. Sangat mudah, cepat dan yang penting tanpa perlu keluar rumah.
Langkah 1: Sediakan Semua Dokumen
Sebelum mula, pastikan semua maklumat penting ada di tangan.
- Nombor plat kereta dan maklumat kenderaan.
- Maklumat insurans lama (tak wajib, tapi berguna untuk rujukan).
- Geran kenderaan (sekadar berjaga-jaga).
- Dan tentunya, kad pengenalan.
Langkah 2: Pilih Platform Online
Mula-mula buat keputusan untuk cuba platform seperti Bjak dan PolicyStreet kerana aku ingin bandingkan harga daripada beberapa syarikat insurans. Portal ini senang digunakan — hanya masukkan nombor plat kereta dan tahun pembuatan, kemudian pilihan insurans terus keluar!
Aku juga sempat periksa laman rasmi syarikat insurans seperti Etiqa dan Takaful Ikhlas. Menariknya, kedua-duanya menawarkan diskaun tambahan jika pembaharuan dilakukan secara online.
Setelah menelaah dan kaji, aku membuat pilihan untuk menggunakan insurans etiqa. Ini bergantung kepada pilihan masing-masing.
Langkah 3: Pilih Jenis Perlindungan
Sebaik sahaja aku melihat pilihan, terdapat tiga jenis perlindungan utama:
Komprehensif: Melindungi kerosakan kereta sendiri dan pihak ketiga.
Third Party: Hanya melindungi pihak ketiga.
Third Party, Fire, and Theft: Untuk perlindungan tambahan terhadap kebakaran dan kecurian.
Pemilihan ini bergantung kepada anda.
Bagi yang tinggal di kawasan banjir amat digalakkan untuk tambah perlindungan banjir, memandangkan musim hujan sekarang agak mencabar.
Langkah 4: Bandingkan Harga
Di platform aggregator seperti Bjak, boleh lihat pelbagai tawaran insurans. Menariknya, ada setiap syarikat menawarkan manfaat yang berbeza. Ada yang memberi perlindungan towing percuma, ada juga yang menawarkan voucher petrol!
Langkah 5: Buat Pembayaran
Setelah memilih syarikat insurans yang sesuai, dan teruskan ke proses pembayaran. Pelrbagai platform boleh digunakan untuk pembayaran sebagai contoh aku mengguna pembayaran online banking — hanya beberapa klik sahaja, dan selesai! Apa yang memuaskan, polisi insurans ini akan terus dihantar ke e-mel dalam masa kurang daripada lima minit.
Langkah 6: Siap untuk Renew Roadtax
Selepas pembaharuan insurans, maklumat e-cover note telah dimasukkan secara automatik ke sistem JPJ. Jadi, boleh terus memperbaharui roadtax secara online pula. Tak perlu beratur panjang di kaunter JPJ!
Mudah, semuanya di hujung jari saja. Luangkan masa anda sekejap, tidak sampai setengah jam dan tidak perlu beratur panjang di kaunter dan juga untuk mengluarkan kos ke sana sini.