BPR 2021: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat ok? BPR ialah Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR) di mana ia akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Untuk makluman permohonan BPR 2021 telah dibuka pada 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Oleh itu, semua rakyat Malaysia disarankan untuk membuat permohonan atau kemaskini secara atas talian disebabkan pandemik dan PKP.
Pemohon yang perlu membuat kemaskini?
Bagi pemohon Bantuan Sara Hidup BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus perlu membuat kemaskini untuk BPR 2021.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baru?
Untuk pemohonan baru bagi BPR 2021 ialah individu yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Syarat Kelayakan BPR 2021
Dokumen sokongan yang diperlukan.
Kemaskini dan permohonan BPR 2021 memerlukan beberapa dokumen sokongan. Jadi bagi pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan ini untuk dihantar bersama. Berikut beberapa dokumen sokong yang diperlukan :
PEMOHON
• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN.
• Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
PASANGAN
• Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
• Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan /Sijil lahir / KP lama
ANAK
• Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
• Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
Cara permohonan atau kemaskini BPR 2021
Segala permohonan dan kemaskini boleh dilakukan secara atas talian. Pemohon hanya perlu isi maklumat yang diminta serta hantar. Semuanya atas talian.
Rujuk url rasmi ini untuk melakukan permohonan dan kemaskini : https://bpr.hasil.gov.my
SA baru kemaskini semalam...tak tau la layak ke x dapat..kalau layak alhamdulillah...
ReplyDeleteInsyaAllah mana taw ada rezeki ya.
Deleteabe kie x layak sbb golongan M40. selamat maju jaya kpd semua yg layak memohon...
ReplyDeleteNanti nak try kemaskini. Mana tau rezeki.
ReplyDelete