Kesan SEO Untuk Jangka Masa Yang Lama

seo blogspot


Hampir setengah tahun blog ini usang dengan tiada kemaskini artikel yang baru. Biarpun ia usang selama setengah tahun sekalipun namun semangat nak berblog masih ada dalam diri ini huhu. Cuma kadangkala mood dalam diri masih samar.

Okay, berbalik tajuk artikel iaitu kesan SEO untuk jangka masa lama. Selama aku tinggalkan blog ini memang ia memberi kesan dari pelbagai faktor terutamanya dari segi traffik blog. Traffik blog ini mengalami sedikit penurunan. Walaupun terdapat penurunan namun konsistensinya masih lagi di tahap yang stabil dalam erti kata lain purata traffic setiap hari adalah konsisten.

Secara analisis kasar penyumbang konsitensi traffic ini disebabkan artikel-artikel yang mendapat kedudukan yang baik (first page) dalam enjin carian. Kebanyakkan artikel tersebut telah diaplikasikan dengan seo off page / on page. Walaupun beberapa teknik tersebut mungkin agak lama namun kesannya masih relevan untuk diguna pakai sehingga sekarang.

Boleh Rujuk Sini : Teknik SEO (Off Page / On Page)

Aku juga ingin kongsikan beberapa entri yang ditulis sebagai penyertaan dalam SEO Contest. Tidak semua contest yang aku sertai menang. Menang di sini bermaksud mendapat top page (rank 1-5) di enjin carian google. Setelah disemak balik kebanyakkan entri yang aku tulis berjaya mendapat top pages walaupun sudah sekian lama contest itu berakhir. Walaupun sebelum ini artikel tersebut mungkin berada di kedudukan yang kurang baik.

Berikut adalah beberapa artikel yang pernah aku sertai dalam contest SEO.

muslim niaga adibsite

pro kas

setting seo blogspot


Apa yang boleh aku rumuskan penggunaan teknik SEO ini akan memberi impak yang baik cuma perlukan masa sahaja.

Disebabkan lama tinggalkan blog ini banyak benda baru yang tak sempat aku kejar lagi. Contohnya Accelerated Mobile Page (AMP) sebuah project baru dari google. Insya'allah ada masa nanti aku cuba kongsikan mengenai AMP ini. :)

1 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. Hi there, I enjoy reading all of your post. I like to write
    a little comment to support you.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post