Kesan Tidak Kemaskini Blog

Kemaskini Blog


Agak lama saya menyepi dalam dunia blog ini. Menyepi di sini bukannya bermaksud saya tidak online. Hampir tiap hari saya akan online internet. Saya online disebabkan mempunyai komitmen yang lebih penting berbanding blogging.

Dari pemerhatian dan sedikit analisis, kurangnya kemaskini blog akan memberi efek kepada blog khususnya dari SEO.

Bila barang yang lama tidak digunakan kebarangkalian untuk mempuyai masalah agak tinggi.

Antara masalah yang boleh saya kongsikan di sini ialah:

ALEXA RANK

Ya. Alexa rank ini sangat sensitif. Alexa rank blog ini telah meningkat secara mendadak. Walaupun alexa rank bukanlah menjadi penanda aras  yang penting kepada sesebuah blog namun ia tetap memberi nilai untuk melihat sejauh mana tahap sesebuah.

Untuk atasi masalah ini, saya cuba kemaskini entri baru. Pada masa yang sama juga pembinaan backlink juga dilakukan tetapi dalam kuantiti yang rendah kerana kekangan masa.

Kesannya, ada sedikit perubahan positif pada alexa rank ini. Lagi satu untuk rampingkan nilai alexa rank ini, rajinlah update blog. 

TRAFFIK

Dari segi traffik ia tidaklah memberi efek yang hebat. Namun pembaca mungkin akan bosan kerana  dijamu dengan entri yang lama saja disebabkan tiada update.

Anda tidak perlu risau terhadap traffik blog anda jika anda jarang kemaskini blog. Sebabnya, selagi entri anda kukuh di serp disebabkan backlink yang berkualiti blog anda tidak akan mengalami masalah traffik.

Baca juga : 4 Teknik KILLER Tingkatkan Traffik Blog


PENUTUP

Okay, sampai di sini saja perkongsian kali ini.Harapnya perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Alhamdulillah, final exam sudah habis. Jadi peluang untuk update blog agak cerah. :)

1 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. memang kesannya matlah sangat kat alexa... memang kena istiqamah dalam blogwalking ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post