Bacaan Doa Selepas Solat

Solehah


Berikut adalah doa selepas solat seperti Solat Subuh. Zuhor, Asar, Maghrib dan Isyak. Panduan doa selepas solat ini mudah diingati. Senang untuk menghafal kerana ini adalah doa yang ringkas juga. Insya'allah mari sama-sama kita belajar.


Selepas Solat
Doa selepas Solat

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

12 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. salam...adakah sah solat jika tidak membaca doa selepas solat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAH SOLAT walaupun tidak membaca doa selepas solat..tp digalakkan untuk membaca doa selepas solat

      Delete
  2. Adakah wajib membaca doa dlm bahasa arab atau boleh dalam bahasa melayu? Contohnya doa selepas solat istikharah dan kita tak tahu menyebut persoalan nya dalam bahasa arab

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak wajib, tapi sebaiknya bacalah dalam bhsa arab..

      Delete
    2. Terutama sekali saya ni hanyalah seorg pelajar menengah...Ustazah saya prnh mngajar..apabila kita membaca dlm bahasa melayu , solat kita terbatal kerana doa2 dlm solat hnya bole dibaca dlm bahasa arab..kerana baca tu mnyebut ttpi kalo kita berckp dlm hati tidak menjadi masalah....jika saya salah tolong betulkan kerana saya ni tidak terlepas daripada melakukan kesilapan

      Delete
    3. Adapun bacaan dalam solat adalah wajib bahasa Arab, manakala doa selepas solat blh dibaca bahasa yang difahami, bkn setakat bahasa melayu bahkan bahasa lain, namun lebih afdhal dalam bahasa Arab, Wallahualam..

      Delete
  3. mohon copy doa

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas infonya, ijin copy

    ReplyDelete
  5. bagaimana jika tngh2 solat , tiba2 lupe doa yg nak dibaca, adakah bole baca doa lain ?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post