Tujuh Tips menulis entri yang efektif |
Gaya penulisan blog amat memainkan peranan yang penting dalam membina trafik. Gaya penulisan blog yang mantap mampu membina entri yang efektif. Entri yang efektif akan memberi impak iaitu menjadikan entri anda popular dalam enjin carian (google).
Adakah trafik yang tinggi menjadi pilihan anda ?
Adakah blog yang popular menjadi pilihan anda ?
Berdasarkan persoalan di atas, Apakah jawapan anda ? Jawapan YA!! adalah pasti. Itu merupakan impian bagi setiap blogger. Persoalannya sekarang bagaimanakah mahu realisasi impian tersebut ? Cukupkah dengan hanya sekadar bercakap kosong tanpa membawa faedah. Semestinya tidak kan.
Jawapan bagi setiap persoalaan di atas adalah dengan MENULIS ENTRI.
1. KAJIAN TERHADAP ENTRI YANG POPULAR YANG LAIN
Jadikan blog orang lain sebagai sumber inspirasi kita. Blog yang anda pilih itu mestilah mempunyai kriteria sebeginiBlog yang popular dan sudah mempunyai trafik yang cukup tinggi dan isi kandungan blog-nya yang menarik hingga membuatkan anda jatuh hati ketika membacanya.
Oleh itu, anda dapat belajar dengan mengkaji blog tersebut serta mencari elemen elemen penting untuk dicontohi.
Jangan terlalu fokus terhadap satu blog saja, cuba kaji blog yang lain yang lebih hebat dan cuba bandingkan isi kandungannya dengan blog yang lain. Anda pasti dapat melihat perbezaannya. Kesannya, anda dapat mencari idea disamping menambah ilmu pengetahuan tentang menulis kandungan entri yang bernas.
2. STRUKTUR ENTRI
Struktur entri juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, jika anda menulis entri JANGAN lupa bold perkataan yang penting (keyword). Sebabnya pembaca akan lebih terdedah dengan perkataan yang penting dan menarik untuk dibaca.Disyarankan , anda kemukakan persoalan di setiap entri anda yang ditulis. Persoalan ini akan menyebabkan pembaca tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu ketika hendak membaca.
3. AMBIL MASA UNTUK BAIKI ISI KANDUNGAN ENTRI
Biar Lambat Asal TerbaikIa adalah amat penting untuk mengambil masa yang mencukupi bagi mencipta kandungan yang hebat. Ini akan membantu anda untuk memperbaiki, format entri anda. Format yang betul amatlah dititkberatkan kerana ia akan mempengaruh entri anda. Biarlah anda mengambil masa yang lama untuk menulis, asal kan anda dapat hasilkan sebuah entri yang mempunyai karisme tersendiri.
4. TAJUK YANG MENAWAN / GILA-GILA
Tajuk entri yang menawan / Gila sememangnya akan menarik pengunjung blog. Walaupun entri kita tidak beberapa bagus namun jika tajuk entri anda menarik, tidak mustahil untuk pengunjung blog akan baca. Begitulah kekuatan tajuk sesebuah entri. Ambillah masa yang lama untuk berfikir bagi menetukan tajuk yang seseuai.Perhatian: Jangan lupa masukkan keyword dalam tajuk entri anda.
Baca ini: Apa it keyword
5. VARIASI
Untuk mencantikkan atau menambah tarikan entri anda, kepelbagaian atau variasi perlu ada dalam sesebuah entri. Misalnya, ada gambar dan video dalam entri. Tidakkah ia nampak lagi menarik. Tambahan, ia akan menojolkan lagi entri anda.6. MUKADIMAH YANG AWESOME
Selain tajuk yang menarik, mukadimah atau perenggan pertama anda perlulah yang awesome / power/ gempak. Sebab apa? Perenggan utama ini ibarat jalan pertama untuk anda sampai ke sesuatu destinasi, jika anda salah jalan pada jalan utama itu maka sukar untuk anda berpatah balik. Begitu juga dengan pembaca, mereka akan lebih segar , ghairah jika mukadimah anda awesome dan seterusnya akan baca sampai habis.Tips SEO- Masukkan bebrapa keyword penting dalam perenggan pertama. Enjin carian selalunya akan memaparkan ayat awal (mukadimah) pada sesebuah entri.
7. BEBAS RALAT
Dalam dunia blogging ini blogger memang tidak lari dalam membuat kesilapan ejaan. Kesilapan ejaan sudah menjadi perkara biasa tidak kiralah senior ataupun newbie. Jika boleh elakkan ini daripada terus berlaku, kerana tatabahasa yang betul @ ejaan akan memberi bonus kepada anda. Tambahan pula, pembaca lebih mudah memahami apa yang nak disampaikan. Jadi cuba elakkan.AKHIR KATA
Tips yang disenaraikan di atas bukanlah sebuah formula yang perlu hafal . Ini hanyalah sekadar rujukan dan mungkin dapat membantu anda dalam membina kredibiliti semasa menulis entri. Jadi sasama manfaatkan ilmu yang kita dapat.
Sekian
thanks.
ReplyDeletepenerangan yang mudah. terima kasih. sy pun masih lagi belajar nak tarik pembaca dengan entri yang baik.
ReplyDeleterasa nak hafal sahaja tip ini ...
ReplyDeletealhamdulillah nak hafal tidak menjadi masalah. Nanti boleh dijadikan panduan. :)
Delete