Teknik Rahsia Optimum Blogspot Agar Mesra SEO

Blogspot
Teknik SEO Untuk Template Blogspot
Platform Blogspot menjadi pilihan majoriti blogger pada masa kini. Namun sedarkah anda tahap SEO blog anda adakah cukup memuaskan. Mungkin anda mempunyai template blogspot yang cantik elegan, namun pernahkah anda terfikir adakah template yang anda gunakan itu mesra SEO. Jika Ya baguslah. Jika TIDAK , anda perlu bertindak mulai sekarang.

Asas-nya template blogspot yang mesra SEO amatlah banyak di enjin carian.Anda cuma perlu muat turunnya. Cuma ada segelintir blogger yang masih sayang akan template-nya dan tidak sanggup untuk menukar dengan template yang lain. Itu tidak menjadi masalah kepada anda. Cuma apa yang anda perlu lakukan adalah optimum-kan template blog anda agar lebih mesra SEO. Bagaimanakah caranya? Disni aku kongsikan teknik rahsia  optimumkan blogspot anda agar lebih mesra SEO.

Tajuk Blog / Title Meta Tag

Default setting yang dibuat oleh blogger.com pada tajuk blog/ title meta tag yang terdapat pada script templete blog anda kurang mesra SEO dan tidak disukai oleh enjin carian. Oleh itu anda perlu mengubahnya. Ikuti tutorial lengkap di Ubah Title Meta Tag

Meta Tag (Meta Keyword & Description Blog)

Alhamdulillah setelah anda siap edit Tajuk blog, langkah seterusnya ialah tambahkan Meta Tag ke blog anda. Kepentingan meta tag ini adalah mampu meningkat trafik blog kerana fungsi Meta Tag ini adalah untuk mempengaruhi google agar Blog anda mendapat kedudukan yang terbaik dalam enjin carian. Untuk mengetahui lebih lanjut serta teknik pasang Meta Tag yang berkesan, anda boleh baca di Meta Tag Blogspot

Artikel Berkait (Related Post)

Artikel berkait atau bahasa mudah related post adalah salah satu teknik SEO yang terbaik. Hal ini demikian kerana, related post memberi impak yang positif terhadap trafik blog. Related post  akan meningktakan pageviews blog. Kini pemasangan related post pada blog tidak lagi menggunakan coding yang serabut. Nada boleh terus memasngya dengan mendaftar di web tertentu yang menyediakan perkhidmatan relate post pada blog. Disyarankan anda menggunakan nRelate sebagai widget related post anda.

Breadcrumbs

Apa itu breadcrumbs ? Breadcrumbs adalah sejenis label pda blog dan akan terindeks dalam enjin carian. Mungkin agak sukar untkuk menerangnya secara penulisan. Jadi aku sediakan beberapa gambaran grafik bagi memudahakan anda faham.

Navigasi
Breadcrumb di entri blog

Breadcrumb
Breadcrumb di enjin carian


Kelebihan breadcrumbs ialah akan menjadi keyword sampingan kepada blog anda. Jadi penggunaan breadcrumbs tidaklah rugi. anda boleh mencari di Google cara pemasangan Breadcrumb di blog.

Heading Tag

Pada entri Asas SEO sebelumnya aku ada menerangkan sedikit sebanyak tentang Heading Tag ini. Jika anda masih belum membacanya anda boleh lihat sekarang entri tersebut supaya anda  lebih memahami akan fungsinya.

Umumnya, H1 tag adalah heading yang digunakan pada Tajuk Blog atau Tajuk Entri anda. Enjin carian seperti google lebih suka kepada blog yang menggunakan <h1> tag ini. Namun ada sesetengah template tidak menggunakan <h1> tag ini sebagai tajuk blog anda. Oleh itu aku akan menunjukkan teknik mudah masukkan H1 tag dalam template.

1.Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

2. Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod
<b:if cond='data:post.title'> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.


<b:if cond='data:post.title'>
<h3 class='post-title entry-title'>
<b:if cond='data:post.link'>
<a expr:href='data:post.link'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<data:post.title/>
</b:if>
</b:if>
</h3>
</b:if>

Kod yang di-bold hitam itu adalah heading tag <h3>, anda perlu menngantikannya dengan kod h1. Mungkin ada sesetengah template menggunakan <h2>, tapi apa yang penting anda perlu menggantikannya dengan kod h1.

4. Langkah seterusnya ialah paste  kod di bawah ini di atas kod ]]></b:skin>

h1.post-title, .post h1 #Blog1 h1, #Blog2 h1 { font-size:1.5em; }

Readmore

Pemasangan readmore juga amatlah penting bagi menigkatkan lagi pageviews blog anda. Pada masa yang sama , entri anda kelihatan tersusun kemas di homepage

Akhir Kata 
Alhamdulillah, semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam meningkatkan mutu blog anda dari segi SEO. Aku berasa rendah diri untuk berkongsi semua ini kerana aku hanyalah orang baru dalam dunia blogging ini. Namun,bila kita ada sesuatu (ilmu) maka patut dikongsikan kepada masyarakat iaitu anda.

Anda mungkin tertanya apa yang teknik rahsianya. Sedangkan semua yang teknik di atas adalah teknik yang biasa didengar. Sebenarnya aku sengaja menggunakan perkataan RAHSIA untuk menarik trafik. Ingat tajuk entri memainkan peranan penting juga.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini.

28 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. terbaik punya informasi..namun saya memandang tinggi kemampuan adib dalam bidang ini..tahniah

    ReplyDelete
  2. terbaik...semua itu ada dalam satu thesis. hehe

    ReplyDelete
  3. Nak buat juga lah gua nanti dekap blogspot.

    ReplyDelete
  4. da bbrp bln tgglkn blogspot tp semua teknik ni aku penah guna suatu mse dlu..
    lgi satu tips, timing entri dipublish <-- ni sgt penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye timing entry publish jgak mmainkan pranan penting..

      Delete
  5. nice pakai template thesis,,,ak pun pakai thesis jugak kt blogspot hehe terbaik.

    Breadcrumb nie pelik sikit ada info ckap ia tak semestinya ok utk SEO tapi bagus sbb ad bukti bergambar.

    Heading tu penting, H1 memang utk title post byk yg xtau sebenarnya

    Sidebar pula perlu guna heading H3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu, ramai yg berbahas mengenai breadcrumb yg tdk mesra SEO ini. Namun bg saya Breadcrumb mmpnyai keistimewaan tersendiri.

      Kelebihan Breadcrumb:

      Mesra Pengguna
      Meningkatkan kualti keyword dalam enjin carian
      Membina internal link
      Kurangkan bounce rate
      ...

      Manakala sidebar bleh guna heading h3-H6 mengikut kepentingan widget masing2 pada blog

      Terima Kasih Saudara Khairul Zamri kerna sudi komen.

      Delete
    2. sama-sama, sy pun tgh hadapi contest SEO, top 10 Google semua xda breadcrumb huhu

      Delete
  6. Terima kasih..sangat berguna kepada blogger seperti saya..

    ReplyDelete
  7. Salam bro..nak tanya ??
    Kenapa bila saya check seo tool, h1 banyak tidak bagus untuk seo, bagaimana tu... CTH di bawah:

    Headings

    H1: 3, that is Bad, must be 1 or maximum 2.

    Warning: Make sure to have one or maximum two H1 tags: They represent the headline of your content/website. Having more than two H1 tags can create confusion on understanding the importance of a content.

    Adakah ini berbeza dgn yang bro editkan di HTML??

    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. H1 tag perlu ada satu saja pada sesebuah blog.

      Tutor h1 tag dalam entri saya itu HANYA perlu digunakan apabila template anda TIDAK mempunyai h1 tag.

      H1 tag saudara ada 3. Jadi anda perlu edit html blog anda untuk ubah kod h1 tag kpd h2. dan biarkan hanya satu h1 tag dalam html blog anda.

      Delete
  8. Teknik yang bagus untuk sesebuah blog. Izinkan saya copy paste di fail saya sebagai rujukan bukannya copy paste di blog saya, harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan Tuan Kamil Salleh.

      Terima kasih kerana sudi komen :)

      Delete
  9. termia kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  10. Menarik..Thanks Adib..masih mencari template yang sesuai...

    ReplyDelete
  11. Bagus ni utk pengguna bl8gspot

    ReplyDelete
  12. H1: Zero, that is Really Bad

    Maksudnya saya boleh guna tutorial ni la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boleh, sebaiknya backup dahulu template sebagai langkah berjaga-jaga.

      Delete
  13. Dari 1 ke 1 post sy baca psl tips seo kat blog ni, mmg menarik, tggl nak cuba jek...

    ReplyDelete
  14. Cara nak setting ni masih sama ke? Sb dulu sy pernah setting macam ni. Tapi sekarang interface blogspot kan dah berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. caranya masih sama,, untuk langkah berjaga2, backup dulu template ye.. ok..

      Delete
  15. terima kasih atas info yang berguna ni

    ReplyDelete
  16. yg website nRelate tu xde tempat nak log in, tergendala nak daftar blog

    ReplyDelete
  17. yg langkah nombor 2 tu yumida ada 2 kod h3 yg sama, cuma perlu letak h1 tu untuk 1 kod je kan?

    langkah nombor 4 tu x dapat letak dalam blog. error. ada cara lain x adib?
    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ganti tengok kedua2 kod h3 itu. Kalu ada error cuba ganti satu ja..

      yg step no 4 tu adalah css. sebenarnya ia bergantung pada jenis template. Mungkin kod di atas tu xsama dgn template yumida.

      p/s : kalau x boleh juga cuba search google tengok. Sebab tutorial di atas kurang relevan dah, sbb agak lama. :)

      Delete
Previous Post Next Post