Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah

mutlak

Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda 

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya. 
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah 
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab 

niat


Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. 

318 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. Saya xphm tang niat
    Sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala
    Untuk hadas yg mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas, termasuk dalam hadas besar

      Delete
  2. bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib? adakah sebelum waktu subuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya sebelum subuh, coz nanti dpt tunaikan solat sbuh dalam kadaan suci

      Delete
    2. Nk tanye x semua org Mandi memakai sesuatu do badan. Tapi time nk Mandi wajib Ni kena pakai main ke utk megalas.

      Delete
    3. Kna pakai pakaian semasa mandi.wajib x?

      Delete
  3. Alhamdulillah.....ada org yg menyampaikan ilmu.semoga allah memberkati mereka yg menyebarkan ilmu bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Apabila si polan bersetubuh pada mlm hari dan mengeluarkan mani(onani) pada siang hari sdgkan dia belum mandi. Niat yang manakah patut digunakan? Niat hadas besar atau junub? Atau kedua-duanya sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk Anonymous8 May 2013 14:00

      untuk mandi tersebut, memadai dengan salah satu daripada niat-niat berikut:

      1-sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta'ala
      2-sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala
      3-sahaja aku mandi fardhu kerana Allah Ta'ala
      4-sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.

      Delete
    2. terima kasih kerana sudi menjawab.

      Delete
  5. apabila mandi wajip,perlu niat dua2 ke?niat hadas besar n klua mani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat sekali ja xperlu dua2..terpulanglah kpda and nak niat yg mana

      Delete
  6. Klau lps mndi ni kite nk solat kene ambil wuduk lg tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaiknya ambil wuduk semula, takut wudhuk yg diambil semasa mandi wajib terbatal tanpa disedari.

      Delete
    2. okk terima kasih

      Delete
  7. kalau sebelum ini saya hanya niat dan terus mandi secara biasa kerana tidak tahu tentang cara mandi wajib yang sebenar, adakah solat saya masih diterima oleh Allah?

    ReplyDelete
  8. Boleh x menyentuh kemaluan semasa sedang mandi wajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya boleh kerana menyentuh kemaluan ialah untuk meratakan air ke seluruh badan. kalau kita mengambil wudhu sebelum mandi. maka kita perlulah berwuduk semula (pendapat mazhab syafie menyentuh kemaluan akan membatalkan wudhuk). kesimpulannya menyentuh kemaluan tidak menjejaskan mandi wajib

      Delete
  9. saya pernah ditanya soalan tntg mandi junub..adakah sah mandi junub sedikit2..cthnya basuh kepala dulu..kmudian setengh jam lg basuh badan..kemudian basuh kaki..sah x?sbb mualat berturut2 itu sunat kn?

    ReplyDelete
  10. Saya ada satu soalan..tapi soalan ini agak pelik bunyinya..tp perlu dibangkitkan..

    Soalanya berbunyi, bagi orang yang melakukan persetubuhan sesama jenis iaitu homo (gay/lesbian). Bagaimana cara mandi wajib pada mereka? apakah niat mandinya adalah mandi junub atau sekadar niat mandi wajib keluar mani? Dan bagi yg disetubuhi (diliwat) itu sekiranya tidak mengeluarkan air mani, adakah dia juga perlu mandi wajib?

    Selain itu bagi perempuan yang dirogol, apakah dia perlu mandi wajib dengan niat bersetubuh atau selainnya?

    ** Diharap soalan ini dapat dijawab tanpa emosi. Sekadar berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya, berdasarkan hukum fiqh, orang yang melakukan lesbian ataupun gay mereka diwajipkan mandi hadas besar .

      Delete
    2. untuk mandi tersebut, memadai dengan salah satu daripada niat-niat berikut:

      sama ada dirogol, perogol, gay, lesbian,biseksual dll... yang melibatkan ada kemasukan alat kelamin...

      1-sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta'ala
      2-sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala
      3-sahaja aku mandi fardhu kerana Allah Ta'ala
      4-sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.

      Delete
  11. Mkasich atas ilmu nya

    ReplyDelete
  12. Salam. Sy nak tanya. Mandi wajib ni kena dahulukan dari mandi biasa ke? Kalau lepas mandi wajib, lepas tu nak mandi macam biasa pakai sabun pun tak mengapa dah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi wajib adalah meratakan air ke selurh badan .Jika anda menggunakan sabun/shampoo pastikan anda ratakan air semula seluruh badan.

      Pada pendapat saya mandi biasa dahulu kerana bg mengilangkan najis atau kotoran di badan kita. Lepastu, barulah mandi wajib. :)

      Delete
    2. Tapi kalau kita mandi wajib terus, boleh ke?

      Delete
    3. Assallamualaikum..nak tnya skit..kalo kita niat dlm bhasa jawi prlu lafaz atau baca ia d dlm hati saja??atau lafaz kan dlm bhasa jawi dan niat d dlm hati dngan bhasa malay seiring dngan air kena tubuh bdn..???mcm mane nei??

      Delete
    4. Waalaikummussalam, Niat perlu dibaca dalam hati. Terpulang pada anda untuk niat dalam bahasa Arab ataupun rumi. Kerana kedua-duanya boleh.

      *Niat dilakukan ketika air mencecah anggota badan

      Delete
  13. Saye nak tanya . Macam mane nak tau mandi wajib kite sah ke tidak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat saya, jika kita telah meratakan air ke seluruh badan... maka sah la mandi wajib kita...... jika was2 mandilah sekali lagi..... sebab was2 ini merupakan permainan syaitan

      Delete
  14. Tiap siraman to perlukan niat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak siraman pertama shja apbla air mncecah kulit badan.. Tak perlu niat berkali2

      Delete
    2. Terima kasih :)

      Delete
    3. Asalamualaikum,klau kita mandi wajib kita niat beberapa kali boleh ke...mcam setiap siraman kita niat...sah ke

      Delete
    4. Asalamualaikum..boleh ke kita niat beberapa kali ketika air mencecah bdan

      Delete
    5. Niat tidak perlu berkali-kali, Niat sekali sahaja, iaitu ketika air mencecah anggota badan.

      Delete
  15. nak tanya, kalau kt rasa teransang/klimaks (tanpa bersetubuh) tetapi tidak mengeluarkan air mani, perlu mandi junub juga ke?sah ke solat nya kalau tak mandi junub?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda boleh rujuk di atas SEBAB PERLU MANDI WAJIB.

      Delete
  16. Terima kasih Sebab bagi info ni. Ianya amat berguna untuk saya

    ReplyDelete
  17. salam.. sy ada trbca 1artikel dlm internet mengatakn,mandi wajib wajib dlm ke2,2keadaan,iaitu brdiri dan duduk.. dan,air xblh trkena tubuh dahulu br niat ataupn niat dahulu br air,maka mandi majibny xsah.. sy keliru apabila trbca artikel trsbut.ia juga mnulis,mandi wajib dahulu br mandi biasa

    ReplyDelete
  18. Sah x klau mandi wajib ttapi ada luka.luka itu dibalut plaster.sah ke xx??

    ReplyDelete
  19. Apakah hkum mandi wajib ditangguhkn??

    ReplyDelete
  20. Apakah hukum mandi wajab ditangguhkan¿

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus seseorang itu menangguhkan mandi wajib melainkan jika dia hendak menunaikan solat. Mandi wajib atau janabah bukanlah kewajiban yang mesti disegerakan, dia boleh menangguhkannya walaupun tanpa ada keperluan.

      Delete
  21. Salam.. Sy nak tye, kalau kite da selesai mandi biase then kt ber wudhuk , pastu kita start mandi wajib dan membersihkan bahagian qubul n dubur direct guna tapak tgn, batal wudhuk kt kan? Then kene repeat mandi wajib dr awal la ye? Untuk mengelakkan batal wudhuk, sah ke kalau sy menggunakn glove untuk cuci bahagian qubul n dubur semasa mandi wajib (dlm keadaan berwuduk).

    Kalau tak berwudhuk dahulu n terus mandi wajib, tetap sah kan mandi wajib kt? Sbb sunat berwudhuk kan? Maknanye kalau sy tak berwudhuk, sy blh direct cuci qubul & dubur menggunakan tpk tgn kan? N tetap sah kan?

    Sori pjg pule soklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, mengambil wudhuk itu adalah sunat. mandi wajib anda tetap sah,. amik wuduk ini adlah sunat (perkara yg dituntut). buat dpt pahala, x buat pun x apa cuma xdpt apa2(pahala sunat)..

      Delete
  22. ada satu soalan.

    jika seorang wanita itu gets turned on apabila terlihat sesuatu atau (maaf kata) suaminya memegang bahagian kemaluan di atas lapisan seluar TANPA BERSETUBUH. dan tiba tiba dia terasa basah di kemaluannya. air apa kah itu? dan haruskah wanita itu mandi hadas besar atau mandi jubub?

    ReplyDelete
  23. Salam .. sy nk tnye .. sblum ini sy mndi wjib .. tp tibe2 sy melancap(maaf sbb trksar bhsa) sbb teransang .. keesokkn harinye sy mndi wajib balik..

    Adakah mndi wajib sy yg kedua itu sah atau tak dan apakah dosa sy ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melacap tu haram bg Islam ...

      Delete
  24. Tumpang tanya niat dalam bhsa melayu tu nak baca dlm hati ke atau melalui mulut

    ReplyDelete
  25. Saya ada soalan tentang mandi wajib

    1) Kita perlu Wudu' ketika Mandi Wajib. Walaupun Mandi Kita tetap Sah, Wudu' itu terbatal jika kita menyentuh kemaluan (semasa kita cuba menyempurnakan Mandi Wajib dengan meratakan air keseluruh badan dan dicelah celah). Masalah disini:
    i) Jika Solah kita Sah tanpa Wudu', kenapa perlunya mengambil Wudu' sekiranya kita masih perlu meratakan air keseluruh badan (Dimana kita akan menyentuh kemaluan) dimana Wudu' kita akan terbatal jua?
    ii) Bolehkah sekiranya saya mengambil sahaja Wudu' selepas Mandi Wajib?
    iii) Bolehkan kita menjirus badan kita menggunakan gayung dari Baldi tadahan air?

    Tolong Nasihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berwudhuk itu sunat. lihat di komen [17 June 2013 19:02].

      Delete
  26. sy ada 1 soalan.. ketika datang haid bg perempuan,jika seseorang itu mandi lalu rambutnya gugur, seharusnya dimandikan sekali rambut yang gugur itu ketika mandi wajib. tetapi jika ada rambut yang tidak dimandikan,cthnya cuai atau 2,3 helai mengalir ke lubang tandas, adakah sah mandi wajib itu??? TQ

    ReplyDelete
  27. Mandi bogel boleh ker

    ReplyDelete
  28. Niat mndi wajib hdas haid skali atau 3kli sbb ada org ckp niat 3kli ada yg ckp skali...

    ReplyDelete
  29. bagaimana membasuh dubur? Adakah kita perlu meneran sedikit?

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum.. sy ada pertanyaan..
    situasi : jika seseorang wanita yg blm berkahwin, melakukan onani contoh nya melayan / tengok video lucah tanpa memasukkan apa-apa ke dalam kemaluan nya. akan tetapi ada cecair yg keluar dr kemaluan nya.
    soalan sy : perlukah mandi wajib dengan niat hadas besar atau tidak perlu mandi wajib? kerana tidak bersetubuh atau memasukkan sesuatu ke dalam kemaluan. akan tetapi ada cecair yang keluar dari kemaluan nya.
    *maaf sekiranya pertanyaan sy agk memgelirukan. akak tetapi sy juga keliru dan ingin kn kepastian.
    terima kasih.
    *hamba allah*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melakukan onani perlu mandi wajib.... waallahua'lam...

      Delete
  31. Assalamualaikum, saya ada soalan.. Adakah sah mandi wajib saya jika saya memotong kuku terlebih dahulu, kemudian baru saya memulakan mandi wajib?

    ReplyDelete
  32. Asslamualaikum...

    ketika mandi wajib..kita mengosokkan selruh badan dengan tapak tangan di bahgian qubul dan dubur adakah membatalkan wuduk kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. batal.. mandi wajib tetap sah. wuduk boleh amik lain sbb wudhuk itu sunat

      Delete
  33. Salam, sy nak tanya.adakah wajib mandi wajib/junub menggunakan jirusan daripada paip terus tanpa menggunakan gayung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak wajib... yang penting air sampai ke seluruh badan

      Delete
  34. Salam,masa mandi wajib,boleh tak kencing dan biyak.?? Then sambung mandi wajib balik mcm biasa?? BOLE TAK??

    ReplyDelete
  35. Salam,kata niat sblom air sampai kat anggota bdn,tp mcm mna kalau mandi biasa dlu.kn air da sampai kat bdn.mcm mna nk niat?

    ReplyDelete
  36. Salam,kalau air mercik kat kaki sblom niat mcm mna?sbb gna shower...

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat mesti disertai serentak apabila air mencecah anggota badan.
      Tidak boleh dahulukan niat tanpa air atau setelah mandi baru berniat.

      Delete
    2. saya nak tanyer....td ckp niat bile air da cecah kat kulit kan.....mule2 saye amik air whuduk ...selepas tu saya terus niat...dan mulekan dgn basuh kepala dan setrusnya ....sah atau tidak ...

      Delete
    3. amik wudhuk itu adalah sunat.. Niat perlu disertai apabila anda mula mandi wajib iaitu apabila air mencecah anggota badan, masa itu barulah niat.

      x sah kalua dahulukan sebelum mandi ataupun sebaliknya.

      p/s: Ingat niat perlu serentak apabila air mencecah anggota badan.

      Delete
    4. yup... setahu saya... ketika air kena kena kepala terus niat... bukan niat sebelum tu... Maksudnya air mencecah anggota badan dan niat perlu serentak

      Delete
  37. salam..tlng beri komen sikit cara saya mandi wajib (bersama isteri)

    1- niat (sahaja aku mengangkat hadas besar krn allah taala)
    2- terus mandi (ratakan keseluruh bdn 3x)
    3- selesai mandi baru ambil wuduk

    *maaf ye..mandi dlm keaadan bogel

    ReplyDelete
    Replies
    1. -Niat mesti bersama air mencecah kulit badan.
      -Mandi bogel boleh tapi Makruh.

      Delete
  38. bagaimana dgn lubang telinga,hidung,biji mata,mulut..?

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum...
    Saya ada soalan harap ada yg sudi tolong menjawabnyer.
    Sekiranyer kaum hawa yg memakai inai instant ada kah sah
    mandi hadas besar nya?
    Terima kasih

    Dari: Hamba Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya kurang arif mngenai inai instant ini.

      Untuk pengetahuan saudara/saudari mandi wajib menjadi SAH jika air diratakan keseleruhan anggota badan tanpa ada HALANGAN.

      Mungkin ada sesiapa yg Arif untuk mnjawab persoalan ini :)

      Delete
  40. kalau dah sentuh kemaluan tu perlu ke mengambil air wuduk semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu . Anda boleh amik selepas mandi wajib kerana mengambil wudhuk adalah SUNAT

      Delete
  41. Assalamualaikum. Kawan saya tanya kepada saya haritu, dia nak berpuasa pada esok hari, tapi malam tu dia beronani dahulu sebelum sahur. Selepas sahur, dia pun pergi mandi wajib. Tapi semasa dia ambik wuduk. Azan subuh pun sudah didengari. Sah atau tidak puasa nya! Harap balas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... setahu saya puasa sah....

      Delete
  42. Salam. Saya selalunya lepas selesai mandi wajib baru saya ambik wuduk. Tapi kalau saya tak ambik wuduk pun, sah jugak kan?

    ReplyDelete
  43. Salam..tlg sapa2 yg thu blh brkongsi ilmu..soalannya klau kta brsetubuh lbih dr sekali dlm satu masa cthnya 3kali..adakh kita kna mndi wjib sbnyk 3kali juga@sekali shja..bgaimana ngan niatnya? Tlg sapa2 yg nk brkongsi ilmu blh terangkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk mendirikan solat bdan mstilah SUCI dari hadas. oleh itu kita perlu mandi wajib. Jika saudara mlakukan hbgan sbnyak bbrpa kali dlm SATU MASA jdi anda perlu mandi wajib skali.

      jika hbngan trsbut dlakukan pda masa yg BERLAINAN spt sblum zohor. jdi jika anda hndak mnunaikan solat zohor anda prlu mndi wjb, sterusnya jika anda lakukan sblum maghrib jdi bila nak tunai smyg maghrib anda perlu mandi wajib skli lgi. :)

      Delete
    2. Wlaupun ktiga tiga kali sya kuar mani hnya sekali sya kna mndi? Pe pn trima ksih atas info..

      Delete
  44. Apakah ketika mengambil wudhu itu harus berpakaian atau tidak?

    ReplyDelete
  45. Kalau ada luka yang kecil masih sah atau pun tidak

    ReplyDelete
  46. 'hilangkn segala benda yg blh mghalang air smpai ke kulit'..mksdnya msti bogel ey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X. Jika guna kain basah air tetap akan mengalir smpai ke kulit.. banda yg mghalng air smpai ke kulit spti kotoran, najis, Liquid, yg terlekat di anggota badan.

      Delete
  47. Salam saya nak tanya kalo sebelum mandi wajib kita mandi biasa dulu macam boh shower gel, syampoo,pencuci muka n gosok gigi then dah settle kita baru mandi wajib..x pa ka cm 2??? Kalo saya x letak suma 2 saya akan was2..tq

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum...nk tanye kita mandi wajib atau ape pun mesti mendahulukan yg kanan kan..macam mne ea..adakah kita mandi ssebelah kanan dulu smpai 3 kali baru mandi sebelah kiri 3 kali ea?confuse la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. HUKUMNYA SUNAT. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri. bermula dari leher ke bawah.

      Delete
  49. Assalamualaikum

    Adakah wajib jika selepas mandi wajib membaca doa ?

    ReplyDelete
  50. Alhamdulilah makasih ya :))

    ReplyDelete
  51. Terkeluar mani ketika tidur,selepas itu bersahur untuk berpuasa..macam mana sah tak puasa itu
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar air mani secara TIDAK sengaja,, Sah puasa.. tapi diwajibkan mandi wajib

      Delete
    2. Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa : Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya;

      Delete
  52. membaca ruangan komen ni pun sudah byk ilmu yg sy dapat... terima kasih...

    ReplyDelete
  53. Pada bln puasa...mlm tu beronani..sah x puasa kalau mndi wajib slpas azan subuh berkumandang dan baru mndi wajib untuk tunaikan solat subuh..

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum..sy nk tny..kalo lelaki niat mndi wajib lepas jimak then dia pakai sabun..sah x mndi wajib? Sebab kita x tau kandungan sabun..

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum, Harap sesiapa dapat jawab :)

    Saya agak keliru tentang Niat mesti bersama air mencecah kulit badan. Tidak bolah dahulukan niat tanpa air atau setelah mandi baru berniat. Selama ni saya tidak tahu, adakah sah mandi wajib saya? Satu lagi soalan, saya telah membuat cara berniat yang diterangkan, tetapi agak susah, ketika saya niat sambil menjirus ke badan, air tidak sampai ke hampir seluruh anggota badan, bagaimana ya? Harap dapat jawab, Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  56. assalam.. sy msh lg was2 kerana ad yg mengatakan mandi wajib harus berwuduk sblm dan selepas... mcm mne tu?? ad jgk yg mengatakan x boleh pegang kemaluan kalau x,x sah.. btl ke?? tlg jawap....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..berwudhuk hanya disunatkan..kalo dibuat dapat pahala kalo tidak buat xdapat apa..kalo anda tidak meratakan air pada seleuruh anggota badan ia dianggap tidak sah..maaf jika saya tersilap...

      Delete
  57. Salam, saya nak tanya mandi wajib memang kena jirus sebanyak 3x ke ? Dan mandi wajib ni mandi waktu mana pun takpe ke ?

    * CONFUSE *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..anonymous 24julai..stahu saya mmg kena dijirus sbyk 3x..mandi wajib xmegira waktu..tetapi seharusnya mandi apabila hendak menunaikan solat..maaf jika sy tersilap..

      Delete
    2. Thanks for the info :)

      Delete
  58. Salam...anonymous 24 july..setahu saya mmg wajib sebyak 3x..mandi nye xkre waktu tetapi jika ingin menunaikan solat diwajibkan mandi terlebih dahulu...mintak maaf kalo kalo sy tersilap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tak wajib jirus tiga kali....

      Delete
  59. salam,dlm pertengahan mandi hadas nie...boleh x kita mandi dgn sabun badan.

    ReplyDelete
  60. apakah niat dalam hati saja sudah sah?

    ReplyDelete
  61. Thanx 4 ur information...:)

    ReplyDelete
  62. Salam admin. Kalau selepas kita mandi biasa, kita tak ambil wudhuk dahulu dan terus mandi wajib, adakah sah mandi wajib itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, mengambil wuduk itu adalah sunat. Mandi wajib Sah.

      Delete
  63. Sah x mandi wajib sekiranya rambut kita berwrna(colour rmbut perang)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut yang diwarnakan tidak SAH Mandi Wajib. Kerana perwarna rambut itu menhalang air untuk sampai atau bersih sepenuhnya rambut kita.

      Delete
  64. asalammualaikum -klw mandy . Niat di pertengan larh ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat perlu dilakakukan serentak saat air mencecah anggota badan.

      Delete
  65. aslmkm...nk tnya sah ke kalau kita menjirus air terus satu bdan tanpa menjirus kekiri dan kekanan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunat melakukan belah kanan @ kiri. Jika menjirus satu badan pastikan seluruh badan sampai air. :)

      Delete
  66. Perlukah mandi wajib dahulu selepas habis haid utk melakukan persetubuhan dgn suami...

    ReplyDelete
  67. Bagaimana nak mandi wajib jika tangan patah?

    ReplyDelete
  68. Cmfius..lau kte mgunakn shawer sah x mandi wjb 2??kiranya xmgikut knan dlu bru kiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sah.. Pastikan air dirata sepenuhnya di anggota badan. SUNAT memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

      Delete
  69. assalamualaikum.. selama ni sebelum mandi wajib saya basuh tgn sambil baca bismillah, kemudian basuh kemaluan dgn sabun, pabila dah bersih baru saya niat mandi wajib dlm hati sambil meratakan air bermula dari kepala kemudian seluruh bdn. selepas itu baru menggunakan sabun agar terasa lebih bersih. selepas itu baru berwudhuk. apakah cara saya ini salah?? harap dapat membantu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari apa ada smpaikan memang sah. Apa yang pasti, pastikan keseluruhan air dpt smpai ke badan sepenuhnya. :)

      Delete
  70. kalau baca niat dalam rumi je boleh ke?

    ReplyDelete
  71. saya nk tahu...setahu saya, bacaan bismillah tidak blh dibaca dalam bilik air krn tmpt hadas besar dan kecil..mcm mane tu ye????niat secara bacaan yg kuat ataupn dlmhati je???

    ReplyDelete
  72. Salam..sy ada 1 kemusykilan. Sy mempunyai masalah haid yg tdk menentu dan tak tetap..jika selepas berjimak & sblm sempat mandi wajib tetiba sy dtg haid. Perlukah sy mandi wajib berasingan utk keluar haid & berjimak?? Mcm mana plak dgn niatnye?

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu, hanya perlu mandi sekali.

      Niat: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala" -

      Delete
  73. salam , ada orang cakap dengan saya , kita kena mandi wajib . dari atas 3x , dari kanan 3x dan kiri 3x . saya konfius lah . mandi wajib ney siram berapa kali ? adakah 3x sahaja . atau setiap sudut tu 3x ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap sudut diSUNATKAN 3 kali basuhan. Untuk pastikan kotoran itu hilang.

      Delete
    2. Sunat ketika mandi wajib

      Membasuh sebanyak tiga kali

      Delete
    3. maknanya 9x siraman lah ya ? betul lah setiap sudut 3x kan ? tq :)

      Delete
  74. salam...
    nak tanya bagaimana kalu mandi hadas besar jika ada luka berjahit dikepala sedangkan luka tu xboleh kena air...boleh x sekadar basahkan dibahagian kepala bkn dengan cara jirusan?(untuk elakkan luka lmbt sembuh)

    Mohon penjelasan sebaik mungkin...sgt memerlukan utk penyelesaian mslh ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk disini:

      www.al-ahkam.net/home/content/sj-04-0088-wudhuk-dengan-balutan-luka

      Delete
  75. boleh ke guna sabun ketika mandi wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja. janji selepas sabun ratakan semula air ke seluruh anggota badan

      Delete
  76. boleh ke kita ambil wuduk dalam keadaan kite berbogel

    ReplyDelete
  77. Biasa klau mndi wjb sy buat mndi biasa dl pastu amb wudu' pastu ratakan air n niat mndi wajib..tp ada skali tlupa..sy mnd biasa pastu dlm hati sy bkata yg sy nak mnd wajib..dah siap sabun syampu bilas amb wudu' pastu siap..n solat. dah siap br trngat sy xbuat mcm yg rutin.sah x mnd wajib tu sb lafaz niatnya pun skdr "aku nak mndi wajib"..

    ReplyDelete
  78. assalamualaikum, sy nak tanya sikit. dalam seharian kan kita ada pakai minyak rambut. so, sy pakai minyak rambut yg jenis keras. namanya wax gatsby. ketika mandi, sy susah nak hilangkan minyak yg ada kat rambut sy kerana terlalu keras. masa sy mandi tu sy basuh lah rambut sy dngn syampoo. tapi masih juga tidak hilang. tanpa berlengah, sy trus je lah mandi wajib dalam keadaan rambut yg masih berminyak. adakah ia sah?

    ReplyDelete
  79. assalamualaikum, sy nak tanya sikit ni. kalau kita pakai minyak rambut yg jenis keras dan susah nak d bilas. masa kita tngh mandi kita basuhlah rambut kita ni cam biasakan? guna syampoo. tp selepas mandi tu sy nak mandi wajib. tp rambut sy masih terasa minyak rambut tu belum hilang. tanpa berlengah lg. sy trus je lah mandi wajib mcm biasa.
    persoalannya: adakah mandi wajib sy sah dalam keadaan minyak rambut masih d kepala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lazimnya, minyak rambut tidak mengahalang air untuk sampai kepala.

      Tapi, jika minyak rambut itu menghasilkan sesuatu yang berjirim iaitu menghalang air untuk sampai ke kulit atau rambut. Maka wajib hilangkanyya dahulu agar mandi wajib itu sah.

      Delete
  80. 1)Sah ke mandi wajib,jika terkentut sasa mandi wajib.
    2)bagaimana hukumnya selepas mandi wajib,terperasan ada kesan air mani yang kering di kaki.adakah ia menghalang air sampai ke kulit?sah ke mandi tersebut.harap dapat jawab kemusykiln saya.

    ReplyDelete
  81. salam...jika berlaku rangsangan,perlu mandi wajib ke?

    ReplyDelete
  82. Nk tnya.. Klu kta wudu sblm mandi wajib.. Niat amik wudu kn sahaja aku mgangkat hadas kecil kerana allah taala.. Then jirus air berserta niat hadas besar.. Mcm tu ke?

    ReplyDelete
  83. apakah hukum jika kta menunda mandi wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus seseorang itu menangguhkan mandi wajib melainkan jika dia hendak menunaikan solat. Mandi wajib atau janabah bukanlah kewajiban yang mesti disegerakan, dia boleh menangguhkannya walaupun tanpa ada keperluan.

      Delete
  84. Assalamualaikum...
    nak tanya,kalau mandi wajib tidak menutup aurat sah ker?? :)

    ReplyDelete
  85. Now I'm ready to repent... thanks for sharing

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum...

    Sah x mandi wajib sekiranya saya mandi dulu mcm biasa sabun n syampoo apa semua. Then, baru niat nak mandi hadas besar & mandi lagi sekali dgn hanya menjirus air ke seluruh badan tanpa memakai sabun.

    ReplyDelete
  87. kalau kite keluar mani 2 kali...kene mandi berape kali

    ReplyDelete
  88. Niat dalam hati tidak dilafadzkan

    ReplyDelete
  89. klau niat camni sah tak niat?(sengaja aku mensucikan diri dari hadas besar)?

    ReplyDelete
  90. assalamualaikum saya nak tanya kalau selepas kita mandi wajib kana solat sunat ke?

    ReplyDelete
  91. Niat sambil berdiri atau mencangkung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak kisahlah ketika berdiri atau bercangkung, yang pasti niat perlu dilakukan serentak saat air mencecah anggota badan. :)

      Delete
  92. salam nak tanya la..macm mana plak kalu seseorg wanita itu baru habis tempoh darah haid tetapi belum mandi wajib,then dia terus bersetubuh dgn suaminya..so,niat yg manakah yg patut di baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memadai dengan salah satu daripada niat-niat berikut:

      1-sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta'ala
      2-sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala
      3-sahaja aku mandi fardhu kerana Allah Ta'ala
      4-sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.

      Delete
  93. assalamualaikum, di sini saya ada 1 soalan.. cara bagai manakah bg seseorang yg terlibat dalam kemalangan untuk mandi wajib.
    1)- bagi yg patah anggota badan nya lalu disemen. cth: kaki/tanggan. cara bagaimanakah untuk orang itu mandi wajib. sedangkan air terhalang dari terkena anggota tersebut.

    ada sesiapa yg arif tentang hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini boleh mebantu,

      http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-04-0088-wudhuk-dengan-balutan-luka#sthash.wvKU6naa.dpuf

      Delete
  94. jika kita mandi.tiba2 jari terluka dan bedarah. bagaimana?? adakah kita hanya perlu mencuci tmpat luka dan meneruskan mandi?

    ReplyDelete
  95. Sy tumpang tanya, di pertengahan mandi wajib, saya kencing @ membuang air besar, kemudian saya sambung mandi dengan membasuh bahagian kotor tadi. Adakah mandi wajib saya sah @ saya perlu membasuh semula semua anggota badan yg lain? Tq

    ReplyDelete
  96. mandi wajib ni bleh telanjang x..p

    ReplyDelete
  97. kalau mandi bogel makruh........xkan nk pakai baju pulak sebab takut air x mengalir ke seluruh anggota badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Islam dibolehkan mandi berbogel samada mandi junub atau mandi biasa dan dibolehkan juga mandi beralas. Aurat seseorang tidak terbatas dan Malaikat dapat melihat apa sahaja yang dilakukan oleh manusia samada mandi beralas atau sebaliknya. Sebaik-baiknya buatlah sesuatu perkara secara bersopan dan baradab dalam erti kata sekiranya mandi beralas dianggap lebih sopan maka ia dituntut.

      Delete
    2. Pakai je boxer @ Kain basah..

      Delete
  98. teguran utk admin..
    fahamkan betul-betul ....niat...serentak dengan saat air mencecah badan.. macam susah jee....logik tak???... sedangkan nak solat/puasapun boleh niat dulu....NIAT... bukan lafaz nikah yg perlu besambung sambung.... kan rukun tu satu persatu... buatlah ikut kemampuan...bukan semua dapat lakukannya... bagaimana sigagap??..bagaimana yg dah pencen??... bagaimana yg perlu menceduk air dari telaga yg dalam????... bagaimana air dari shawer tu jenis yg tak ada tekanan... niat sambil buka pili tapi air 3-5minit baru nak keluar....
    berwuduk sebelum mandi wajib adalah sunat... tujuan nya bukan untuk bersolat, ia lebih kepada membersih dan menyegarkan diri(banyak tujuan wuduk tuu).. so tak perlulah ada isu macam mana nak ratakan air keseluruh badan, nanti takut terbatal jika tersentuh alat kelamin dan sebagainya... wuduk sebelum mandi wajib tu asalnya memang tak sah pun... sebab kita masih berhadas besar...
    ini yg saya faham...apa yg saya nampak disini kita cuba menyusahkan sesuatu yg senang.... dan sifat orang kita yg SUNAT nak kejar.. yg WAJIB buat sambil lewa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat serentak. Bagi saya logik? Lafaz niat adalah dari bibir kita, lafaz niat adalah sunat. Niat adalah wajib perlu disebut di dalam hati atau menggerakkan hati ketika mengalirkan air di salah satu anggota badan.

      Jadi tidak mustahil untuk berniat didalam hati ketika air mengalir ke badan.

      Yang mustahilnya apabila lafaz niat (dari bibir) spt saudara sebutkan bagaimana mandi air shower yg tiada tekanan. Mungkin ini akan menyukarkan untuk melafaz niat dari bibir kerana kelajuan air yg tinggi. TAPI niat (dalam hati) adakah mustahil ?

      Mengambil wudhuk sebelum mandi wajib sememang sunat (telah dinyatakan di atas "perkara sunat mandi wajib" )

      Delete
    2. Erm nax tnya skit Man Botak. Niat sebelum solat? Yang saya tahu kita perlu LAFAZ niat niat sebelum solat then baru niat di dlam hati KETIKA mengangkat takbir.

      Delete
  99. ni mugnkin membantu menjwab persoalan tentang niat

    http://fekah.blogspot.com/2010/03/niat-pada-mandi-wajib.html

    ReplyDelete
  100. Mandi biasa boleh menggunakan sabun?

    ReplyDelete
  101. Sah tak kalau mandi wajib guna air pancut? :D terima kasih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post