Gambar dengan blog masing-masing berkait rapat . Penggunaan gambar yang paling ketara digunakan oleh setiap blogger adalah apabila menghasilkan sebuah artikel atau entri. Di mana gambar pasti akan digunakan dalam entri tersebut agar entri kita nampak lebih menarik untuk dibaca.
Hal ini demikian kerana, gambar dapat backup entri kita walaupun kandungan entri tersebut tidak berapa menarik. Tebuktilah penggunaan gambar sangat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah blog. Tetapi anda tahu ke tidak yang gambar dapat membantu menaikkan trafik blog iaitu dengan penggunaan alt tags. Alt tag juga adalah satu teknik asas SEO yang patut anda ambil tahu / peduli.
SAMBIL MENYELAM MINUM AIR
Peribahasa di atas sangat sesuai digunakan dalam menunjukkan hubungan yang sagat rapat di antara gambar dengan SEO. Sambil kita meletakkan gambar dalam entri untuk bagi menarik pada masa yang sama gambar tersebut dapat membantu menaikkan trafik blog bak kata pepatah SAMBIL MENYELAM MINUM AIR. Tetapi ramai blogger selalu memandang enteng terhadap perkara ini. Sebenarnya google tidak hanya mengindeks text malahan gambar juga akan diindeks jika kita mengamalkan Alt Tags. Jadi satu kerugian di sini, jika anda tidak mengamalkan Alt Tags dalam gambar.
TITLE TEXT DAN ALT TEXT
Title Text adalah tajuk kepada gambar. Tajuk sepatutnya umum kerana orang ramai akan mudah memahami. Tidak perlulah nak hurai lebih lanjut mengenai Title Text ini kerana ramai orang sudah mengetahui. ALT Text ialah singkatan dari alternate text bertindak sebagai image crawler pada search engine. ALT text ini adalah kunci rahsia di sebalik gambar.
Seperti dihuraikan di atas yang mengatakan google dapat mengindeks gambar. Memang google dapat indeks gambar jika kita guna alt text. Tetapi bagaimanakah google dapat memahami isi kandungan gambar tersebut. ALT text lah yang akan membantu google. Nak tahu bagaimana? Dari segi bahasa (macam subjek agama pula) ALT text ini boleh dikategorikan sebagai keyword. Keyword? Admin akan tunjuk tutorial-nya.
Sebelum membuat tutorial, admin nak terang sedikit. Contoh gambar sebuah “kereta”. Pada Title Text letaklah nama kereta kerana ia perkataan umum. Tetapi pada ALT Text pula gunalah keyword yang sesuai seperti “Nissan Skyline” jenama kereta itu. Ok. Faham tak lagi. Malas nak coleteh panjang jom tengok tutor ini.
TEKNIK PENGGUNAAN ALT TEXT
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEge5fgRAUmeREUovGpbdX_EYO8ZiVwygNAKSGh5wAzT_tB_ZuXUhdWd-Ykof2MDqNwmL4hD5RKZGHCT3Z6GowDem6YK1ySDRa4bQpZhv6gMPDckKk6Jed_FZNnv6Al1f6pAXQ5q44AnMWQ/s1600/seo+icon.jpg" alt="Keyword"/>
Pada Keyword itu perlulah diisi dengan apa sahaja kata kunci yang sesuai dengan gambar. Manakala tulisan berwarna merah itu ialah link gambar. Anda gantilah dengan link gambar anda.
CARA-CARA / TEKNIK ALT TEXT YANG BETUL BERDASARKAN GOOGLE
1. Tulis nama file dan Alt text yang singkat namun padat. Jangan sesekali menggunakan nama file yang terlalu umum dan sukar difahami seperti gambar1.jpg, DSC01.jpg dan nama lain yang tidak membawa makna apa-apa pun.
2. Jangan menggunakan nama file yang terlalu panjang. Apa yang penting, keyword pada Alt text itu jangan diisi terlalu banyak cukup sekadar satu atau dua patah perkataan. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana google akan menganggap spamming terhadap Alt text kita kerana terlalu banyak keyword diisi.
3. Gunakannlah kata kunci / keyword yang relevan terhadap isi artikel dengan gambar. Jangan pula gambar kereta tetapi letak nama artis terkenal kerana terlalu ingin mengejar keyword. Ingat google sangat sensitif dan ini akan menyebabkan berlakunya spamming.
Kesimpulannya, amalkanlah penggunaan Alt Tag ini semasa membuat posting blog. Luangkan sedikit masa dan anda pasti tidak akan berasa rugi kelak nanti. Sekian
maaf ye, sy newbie.. nk tanya, kt mana nk tulis alt text tu?
ReplyDeletemaaf ya, teknik di atas adalah teknik yg lama, skrang ada cAra termudah. setelah anda upload gmbar dalam entri dan klik pada gambar tersebut.
Delete*di bawah gambar tersebut akan keluar paparan setting
*di mana utk edit saiz kedudukan etc gambar tesebut.
*anda perlu cari perkataan PROPERTIES dalam setting itu.
*dan klik.
*isilah apa yg patut.
owh lg senang.. tq!! :D
Deletetq
ReplyDeleteAs salam. pd alt di properties tu, perlu letak link url entri ke? tq
ReplyDeletex,, cuma letak keyword yang berkaitan dengan gambar tesebut. contoh gambar payung.
Deletejadi alt tag-nya "payung" @ apa-apa2 yang berkaitan dengan payung.
:-d
ReplyDeleteTerima kasih ...info yg baik
ReplyDeleteBest2...ilmu lg yg saya dpt psl seo ni...
ReplyDeletetq..tuan info berguna http:// www.geoffreystephen.com
ReplyDeletekayaknya seo susah banget...masih bingung nih..biar blog ane rame,ayo main ke gubugku.httpp://berniaga24jam.blogspot.com
ReplyDeletekunbal gan..