Definisi Solat Witir

solat witir


Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq iaitu sebelum masuk waktu subuh, lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir.

Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.

Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat.

Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.

Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

“SESIAPA YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG DHUHA, BERPUASA TIGA HARI DARIPADA SEBULAN DAN TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SEMBAHYANG WITIR SAMA ADA DALAM PELAYARAN DAN BERMUQIM, DICATAT BAGINYA PAHALA ORANG SYAHID.”

Hadis riwayat at-Thabran

“WITIR ITU HAK (BENAR). BARANGSIAPA YANG TIDAK BERWITIR IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK MAKA BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGERJAKANNYA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA! WITIR ITU HAK, BARANGSIAPA YAANG TIDAK MENGERJAKANNYA MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN KITA!”

Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Kelebihan Solat Witir

Rasulullah saw bersabda:
“SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN (HADIAHKAN) KEPADA KAMU SATU SOLAT, YANG MANA IANYA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA UNTA-UNTA YANG TERBAIK. IAITULAH SOLAT WITIR.

Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.

Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud

“DITANYA NABI MUHAMMAD SAW TENTANG AMALAN-AMALAN YANG DISUKAI OLEH ALLAH. BAGINDA BERSABDA: “AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN SEDIKIT.”

Hadis riwayat Bukhari

“SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENAMBAHKAN KEPADA KAMU SATU SOLAT, IAITU SOLAT WITIR. MAKA SEMBAHYANGLAH ANTARA SOLAT ISYAK DAN SOLAT SUBUH.

HR Ahmad

SABDA NABI S.A.W.: “BILA SUDAH MENJELANG PAGI, DAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU MASIH BELUM MELAKUKAN (SOLAT) WITIR, MAKA BERWITIRLAH (QADHA).

HR Baihaqi & al-Hakim

“WAHAI AHLI AL-QURAN, KERJAKANLAH SOLAT WITIR, SEBAB ALLAH ITU WITIR ( MAHA ESA) DAN SUKA SEKALI KEPADA YANG WITIR.

HR Ahmad

“SESUNGGUHNYA ALLAH ITU WITIR (GANJIL), DAN DIA MENYUKAI WITIR, MAKA LAZIMKANLAH SOLAT WITIR, WAHAI AHLI AL-QURAN.”

HR Abud Dawud dan Tirmizi.

“WITIR ADALAH KEWAJIBAN, BARANGSIAPA TIDAK MELAKSANAKAN WITIR, MAKA IA TIDAK TERMASUK GOLONGAN KAMI”

HR Ahmad dan Abu Daud

Berdasarkan mazhab As-Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

HR Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi

Witir itu di akhir solat malam.
 

IBNU UMAR R.A. BERKATA: BERSABDA NABI SAW, “JADIKAN PENGHABISAN (AKHIR) SHALATMU PADA WAKTU MALAM DENGAN SHALAT WITIR.”

HR Bukhari dan Muslim

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.
 

SABDA NABI S.A.W.: “SESIAPA YANG BIMBANG TIDAK BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AWAL MALAM, DAN SESIAPA YANG INGIN BANGUN PADA AKHIR MALAM, MAKA BERWITIRLAH PADA AKHIR MALAM.

HR Muslim

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’. Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib.
 

“JANGANLAH KAMU SERUPAKAN SOLAT ITU DGN SOLAT MAGHRIB..”

HR oleh Daruqutni

Beza witir dan maghrib ialah:-
Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja
Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
1. Sabbihis (surah A’la)
2. Qulya (Al-Kafirun)
3. Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“RASULULLAH DI DALAM SOLAT WITIR MEMBACA SURAH AL-A’LA PADA RAKAAT PERTAMA, SURAH AL-KAFIRUN PADA RAKAAT KEDUA, SEDANG DALAM RAKAAT KETIGA BAGINDA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SERTA DUA SURAH MUAWWADZAH IAITU SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS.”

Dari Abu Hurairah Nabi bersabda:


 مَنْ خَشِيَ أَنْ لَا يَسْتَيْقِظَ آخِرَ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَسْتَيْقِظَ آخِرَهُ . فَلْيُوتِرْ آخِرَهُ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Ertinya: siapa saja yang takut tidak dapat bangun di akhir malam (untuk shalat tahajjud) maka hendaklah mendirikan shalat witir di awal malam. Dan siapa saja yang memilki semangat untuk bangun diakhir waktu maka hendaklah dia melaksanakan shalat witir di akhir malam. Sesungguhnya shalat di akhir malam disaksikan (para malaikat) dan shalat sunah yang paling utama (HR Muslim, Nailul authar 5/165).

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post