Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Korang pernah tak tengok cerita cartoon Spongebob Squarepants? Pernah tengok. Best kan jalan cerita dia. Plot yang menarik dan sesuai untuk tontonan umum. Alang-alang tulis entry ini admin nak kongsikan pasal Spongebob Squarepants.
SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.
Di Indonesia siri ini dipopularkan oleh LaTiVi, kemudian hak tayang acara-acara yang diterbitkan oleh Nickelodeon dibeli oleh Global TV. Kartun ini dicipta oleh seorang ahli biologi laut dan animator Stephen Hillenburg dan lalu diterbitkan melalui syarikatnya United Plankton Pictures Inc. Siri ini ditetapkan berada di Laut Pasifik di kota "Bikini Bottom" (ertinya bawah bikini) dan sekitarnya.
Ok faham tak lagi. Boleh dikatakan 100% yang tonton Spongebob Squarepants mengetahui lagu tema Spongebob Squarepants. Manakan tidak tiap-tiap kali start cerita itu pasti lagu Spongebob Squarepants akan keluar dahulu. Semua orang tahu lagu tersebut adalah versi English / Inggeris.
Jadi untuk membuat kelainan, admin nak kongsikan lirik lagu ini dalam tiga versi loghat setiap negeri. Versi yang digunakan adalah loghat Kelantan, Terengganu dan Kedah. Hayati lirik lagu ini ye.
VERSI INGGERIS
Are you ready kids
"Aye Aye Captain"
I Can't hear you
"AYE AYE CAPTAIN"
Ohhh...
Who lives in a pineapple under the sea
"Spongebob squarepants"
Absorbant and yellow and porous is he
"Spongebob Squarepants"
If nautical nonsense be something you wish
"Spongebob Squarepants"
Then flop on the deck and plop like a fish
"Spongebob Squarepants"
READY
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob…….squarepants!!!
VERSI KELANTAN
Ready dok budok-budok?
Ho laa, kepten!
Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!
ooo,
Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?
Spongebob Sluar kotok!
Sene meresap bewarno kuning.
Spongebob Sluar kotok!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.
Spongebob Sluar kotok!
Pah mari la pakat nopat supo ike.
Spongebob Sluar Kotok!
Ready?
Sponge............bob Sluar kotok (3x)
Spongebobbb Sluar kotok
VERSI TERENGGANU
sedia dok g budok-budok?
sedia kapteng!
ndapee..??!!
.sedia doh la kapteng!!
ooo...
peye hok duk dalang nanah bawoh lauk!!
spongebob sluor pettok!!
senang menghesap kaler kuning..
spongebob sluor pettok!!
kalu sek-sek mu suke nde pelek hok dalang lauk
spongebob sluor pettok!!
meh la noppak pe ikang
spongebob sluor pettok!!
sedia??!!
spongebob sluor pettok (3x)
spongebob... sluor pettok
VERSI KEDAH
Hampa redi dah ka weii??
Haa kapten,
Apadia?Tak dengaq nie!!
Haaa la kapten..
Ohhhh...
Sapa hat dok dalam nanaih wah laut?
"Spanbob Seluaq Petak"
Belubang,meghesap paihtu wana kunin
"Spanbob Seluaq Petak"
Kalau hampa suka benda laut hat ngarut
"Spanbob seluaq Petak"
Mai la sini teghejun cam ikan temenung
"Spanbob seluaq Petak"
REDi?
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak
Spanbob seluaq Petak!
Sama tak dengan loghat korang. Kalau tak sama maaflah. Ini hanya sekadar perkongsian.