Sujud Sahwi |
Maksud sahwi adalah lupa.
Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam solat.
Sebab-sebab diharuskan sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
- Kerana kelebihan
- Kerana ragu-ragu
- Kerana kekurangan
Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.
Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.
[+] Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
[+]Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.
Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunut.
Cara Melakukan Sujud Sahwi
- Selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam, bersujudlah sambil mengucapkan takbir "Allaahu Akbar" dan ketika sujud baca ini:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuuMaksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa - Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
- Sujud sekali lagi sambil mengucap takbir, dan baca tasbih sujud seperti no 1.
- Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).
- Akhir sekali beri salam ke kanan dan kiri
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/25/sujud-sahwi/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud_sahwi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud_sahwi
terima kasih atas perkongsian dan peringatan ni..ramai yg tak tahu sebenarnya
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan..kadang2 kits terlupa bila jarang sekali buat sujud ni..
ReplyDeleteKadang-kadang bila dah mamai.. subuh pun lebih kurang aje kita buat.. itu yang berlaku pada diri aku sendiri..pernah beberapa kali terlupa untuk sujud sahwi.. Cuma ada perasaan hairan dan bersalah bila tak sujud sahwi semasa berada di Mekah..
ReplyDeleteperkongsian yg bagus ni adib. jelas n details. part buat sujud 2x tu n bacaan duduk antara 2 sujud tu memang benar2 membantu mereka yg nak buat sujud sahwi.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab menjelaskan cara melaksanakan sujud sahwi ni. sebelum ni jgn kata nak laksanakan, apa sujud sahwi pun saya tak tahu. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang diturunkan kpd awak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... trima kasih atas perkongsiaan ilmu ini.... semoga anda d rahmati Allah.. Allah humma aamiin...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu tersebut
ReplyDeleteSaya ada membaca, kita boleh dengan sengaja meninggalkan doa qunut didlm sembahyang subuh krn ianya sunat Ab-adh dan digantikan dgn sujud sahwi.
ReplyDeleteKerja yang bagus.teruskan usaha.mudaha-mudahan diberkati.
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Syukur Ade Panduan
ReplyDeleteMudah mudahan ..Di berkati
Mcm mana plk kalau lupa utk sujud sahwi? Tetiba telajak beri salam dan lupa utk sujud sahwi
ReplyDeletesaya pernah juga lupa hitungan rakaat pada waktu sholat
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu yg diberikan
ReplyDeleteTerimakasih
ReplyDeleteSemoga anda diberkati didunia dan akhirat
Aamiiiin
Apa bacaan saat duduk antara 2 sujud sahwi?
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeletekita tak perlu baca attahiyat akhir balik ke selepas sujud sahwi ?
ReplyDeleteTak perlu. Sebab sujud sahwi dilakukan selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
ReplyDelete