Kekeringan idea atau ketandusan idea untuk update/kemaskini blog. Perkara ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh blogger. Begitu juga dengan aku hari ini. Masalah kekeringan idea dan sedikit perasaan malas menyebabkan blog aku bersawang tanpa berita terbaru. Memang bulan februari banyak keyword berkaitan dengan BR1M 2.0 tetapi kenapa aku tidak mengambil peluang ini untuk menulis entri mengenai BR1M ini.
Seperti apa yang aku beritahu tadi timbulnya perasaan malas dan kesibukan di dunia nyata ini menyebabkan tidak ada mood untuk update blog.Persoalannya di sini bagaimana boleh timbul masalah kekeringan idea untuk update blog.
Isu Semasa dan Terkini
Isu semasa dan info terkini merupakan talian hayat bagi seorang blogger. Talian hayat ? Isu semasa ini sangat membantu dalam penulisan dan penghasilan sesebuah entri. Masalahnya di sini apabila seseorang yang kurang peka terhadap isu-isu terkini dalam dan luar negara menyebabkan dia tidak mempunyai idea untuk menulis. Sebagai contoh isu yang hangat diperkatakan Semakan BR1M 2.0 Tahun 2013. Jika seorang blogger itu tidak mengambil tahu pasal BR1M macam mana dia hendak menulis entri mengenai BR1M ini. Natijahnya tiadalah entri atau maklumat yang ditulis dalam blog kita. Jadi, kita perlulah peka dalam mengambil tahu isu semsa dalam dunia ini
Paksa Diri Paksa Otak
Paksa Diri Paksa Otak bunyi macam kelakar saja. Perkara ini selalu terjadi kepada blogger yang ingin meningkatkan bilangan entri blog. Maksudnya dalam sehari dia akan update lebih dari satu entri. Perkara ini memang bagus kerana pengunjung blog kita tidak akan jemu untuk jenguk blog. Tetapi bolehkah anda bertahan dengan melakukan perkara ini setiap hari. Mungkin ya atau mungkin tidak.
Bayangkan jika anda terlau obses untuk update blog sedangkan badan atau diri anda dalam keletihan adakah otak anda anda dapat berfikir secara kreatif atau kritis dalam mengahasilkan sesebuah entri. Walaupun entri anda dapat dihasilkan dalam keadaan Paksa Diri Paksa Otak, adakah ia akan menhasilkan entri yang epik untuk dibaca oleh pengunjung blog? Fikir-fikirlah.
Tidak memadai jika semata-mata ingin meningkatkan bilangan entri namun kualiti setiap entri itu rendah kualitinya dari sudut SEO atau penggunaan keyword. Pendek kata janganlah terburu dalam menulis entri ambillah masa kerana hak menulis adalah hak anda.
Cara Mengatasi Masalah Kekeringan Idea
Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah kekeringan idea ini. Di sini aku memberi beberapa points penting untuk mengatasi masalah kekeringan idea ini:
- Banyakkan membaca bahan ilmiah
- Selalu mengikuti perkembangan isu semasa dunia
- ambil masa untuk menulis
- ambil wuduk dan solat dahulu untuk jiwa tenang semasa tulis entry
- buat points dahulu sebelum kita menulis sesuatu entri untuk memudahkan dalam mengembangkan isi (macam essay)
- Perlukan disiplin yang tinggi
- Berdoa
Ok That’s all. Itu saja maklumat yang anda boleh perolehi. Bagi yang expert dalam dunia blogging ini rasaya masalah ini bukan menjadi masalah yang besar kepada mereka. Ini hanyalah sekadar pandangan dan terpulanglah kepada anda untuk mengamalkan bagaimana sekalipun
Peringatan daripada adibsite tulislah entri yang relevan yang dapat menarik orang untuk membaca kerana ini akan melambangkan penampilan blog kita secara tidak langsung. Ingat usaha yang gigih maka hasilnya akan memuaskan. Idea bukan datang bergolek tetapi kita harus usahanya.
samala bro..xbuat pun pasal..malas lagi satu problem kat internet..
ReplyDeletegood tips.. ena pun sampai satu tahap, memang blurr xtau nak update apa supaya mndapat smbutan para pembaca... huuuuu
ReplyDeletekengkadang tu idea dtg sambil lalu je...
ReplyDeletememang kekadang kering idea sesangat.. tu yang kekadang merapu kat blog huhu... tapi bila ada idea kekadang bukan hadap laptop, sudahnya apa yang nak di tulis lupa....
ReplyDelete